Nation
184

Vaksin Sinovac tiba di Malaysia

Putrajaya – Pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang membawa bekalan vaksin Sinovac, dari China selamat mendarat pada jam 8.47 pagi tadi.

Penerbangan menggunakan pesawat MH319 itu membawa vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal di Beijing, Sinovac Biotech untuk diuruskan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Hadir menyambut ketibaan vaksin kedua di Malaysia itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Menteri Pengangkutan. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut kelihatan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu