Nation
175
0

Vaksin Sinovac tiba Sabtu depan

Putrajaya – Bekalan pertama vaksin Sinovac dijangka akan tiba di negara ini pada hari Sabtu depan, sehari selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk proses pengisian dan pembotolan (fill and finish) yang akan dikendalikan oleh Pharmaniaga Bhd.

“Sebagai tambahan kepada bekalan vaksin Pfizer, bekalan pertama vaksin Sinovac akan tiba 27 Februari ini,” katanya menerusi Twitter rasmi beliau.

Khairy Jamaluddin berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan kini sedang meneliti penyerahan regulatori Sinovac.

Pharmaniaga sebelum ini dilaporkan menandatangani perjanjian dengan Sinovac (Sinovac Life Sciences Co Ltd) iaitu syarikat dari China yang membangunkan vaksin Covid-19 untuk pembekalan 14 juta dos vaksin secara pukal bagi menjalankan proses pembotolan di Malaysia.

Projek pembotolan itu akan dilaksanakan oleh PLS di kilang SVI berteknologi tinggi yang diubah suai. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu