Nation
130

Varian Delta antara punca peningkatan kes Covid-19 : KP Kesihatan

Putrajaya – Varian Delta yang dikesan sudah merebak hampir ke setiap negeri dipercayai antara punca peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata varian Delta merebak dengan cepat dan jangkitan boleh berlaku dalam masa singkat melalui bawaan udara.

“Sekarang kes meningkat semula dan satu daripada faktor peningkatan ialah disebabkan oleh varian Delta yang dominan.

“Varian Delta, ia merebak dengan cepat, pada permulaan jangkitan R-naught (R0) ialah 5.8, bererti kalau 100 dijangkiti boleh menjangkiti 800 (orang) dalam tempoh singkat,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan semalam.

Sidang media itu turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Keong dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata setakat hari ini, KKM telah mengesan 67 kes varian Delta di dalam negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata vaksin COVID-19 yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terbukti berkesan terhadap varian Delta.

“Dalam kes 2,779 petugas kesihatan yang dijangkiti (COVID-19), ada juga varian Delta dan Beta, tetapi majoriti mereka berada pada kategori satu dan dua.

“Ini adalah berita baik, bererti vaksin kita gunakan hari ini masih berkesan untuk varian Delta dalam negara, bezanya varian Delta merebak dengan cepat,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu