Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

Video berbalas tembakan tidak berlaku di Bukit Tinggi : Polis

SHAH ALAM — Polis Klang Selatan menafikan video yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian tembak-menembak dikatakan berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Klang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata hasil semakan mendapati, video itu sebenarnya berlaku di sebuah negara Amerika Latin.

“Video berbalas tembakan diantara suspek dan pengawal keselamatan di dalam sebuah permis itu, tidak berlaku di kawasan Bukit Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis memberikan amaran keras kepada orang awam, agar tidak menularkan apa-apa maklumat yang tidak benar ke media sosial sehingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat, lapor Bernama.

Tags: , , ,