Social
1K

Video mirip ADUN dipeluk wanita masuk bilik hotel tular

Petaling Jaya – Penyebaran satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memapah seorang wanita dipercayai untuk memasuki bilik hotel menerima kecaman daripada netizen.

Rakaman berdurasi enam saat itu didakwa melibatkan seorang ADUN yang sebelum ini telah dibuang daripada sebuah parti politik pembangkang.

Muat naik berkenaan turut disertai dengan satu kemaskini status yang seolah-olah memerli dan menasihatkan tuan punya badan agar segera membuat laporan polis.

“Seperti pernah ku lihat, macam dia tapi video kabur.

“Barangkali inilah dugaan di bulan Ramadan, kesian ‘anak-anak’ penat sangat balik beli-belah baju raya barangkali,” katanya menerusi kemaskini status itu.

Tambah kemaskini itu, individu berkenaan perlu membuat laporan polis kerana tidak mungkin insan tersebut yang dikenali sebagai sangat zuhud dan baik hati berkelakuan sedemikian.

Perkongsian itu setakat ini selepas hampir dua jam dimuat naik telah mendapat lebih kurang 1,600 tontonan, 41 komen serta 34 perkongsian.

Penularan video berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak patut berlaku lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang dilantik sebagai pemimpin.

“Macam mana Malaysia tak menerima azab kalau begini pemimpin. Seorang ‘kaki lelaki’ yang ini pula jenis ‘kaki perempuan’,” kata seorang pengguna platform media sosial berkenaan. – Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu