Social
497

Video tular berkumpul makan durian di PPV disiasat

Johor Baharu – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di bandar raya ini seperti yang video tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada 3.41 petang semalam.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan ataupun bukan, dalam video berdurasi 27 saat yang tular itu.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu