Social
253

Video tular dua wanita terjun bangunan video lama

Kuala Lumpur – Polis mengesahkan video yang memaparkan dua wanita bertindak terjun dari sebuah apartment kononnya berlaku di Genting Highlands, Pahang seperti yang tular di media sosial hari ini, adalah video lama.

Supt Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia Supt A. Skandaguru berkata klip video itu telah diulang siar beberapa kali di media sosial sejak 2020 bagi membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Kejadian itu berlaku di luar negara pada 2017 dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak berasas.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita seperti ini akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu