Social
183

Video tular kanak-kanak perempuan dipukul rakan disiasat

Kuala Lumpur – Polis menyiasat sebuah klip video berdurasi dua minit 20 saat tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul, ditendang serta ditarik rambut seorang remaja perempuan di tangga sebuah pangsapuri dekat Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata polis menerima laporan daripada mangsa yang cedera di kepala dan badan akibat kejadian itu, pada jam 9.26 malam hari sama.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 4 petang berpunca daripada suspek perempuan berusia 13 tahun yang cemburu hubungan mangsa dengan abang angkat.

“Rakan suspek turut merakam kejadian itu dan menularkannya menerusi aplikasi WhatsApp dan Instagram.

“Semua suspek kes dikenal pasti untuk dirakam keterangan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH Online.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak menularkan rakaman video kejadian itu kerana ia masih dalam siasatan.

 

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu