Social
319

Video tular ‘kenduri durian’ Ahli Parlimen Batu Pahat disiasat

Batu Pahat – Polis membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan video ‘kenduri durian’ tular hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat itu dan pihak terbabit dalam klip video berkenaan bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohd Rashid ketika dihubungi menjelaskan, klip video itu adalah rakaman lama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Itu video lama. Saya ingat itu (video) tahun lepas sebelum PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Media sosial tular dengan rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan majlis kenduri durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat dengan kehadiran Abdul Rashid.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu