Kuala Lumpur Post

Social

Video tular lelaki pukul wanita disiasat

KOTA KINABALU— Pihak polis sedang menyiasat sebuah video tular berdurasi 18 saat memaparkan seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki berulang kali yang didakwa berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Kita sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan.

“Saya meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat tentang kejadian terbabit bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk menggunakan selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

 

 

 

Tags: , , ,