Social
339

Video tular penguatkuasa aniaya anjing liar disiasat

Alor Setar – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kes video tular mendakwa berlaku penganiayaan ketika operasi menghapuskan haiwan liar yang disyaki dilakukan oleh anggota penguatkuasa kerajaan tempatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia adalah susulan daripada kejadian menangkap dan melupuskan anjing-anjing liar di kawasan perumahan Taman Tiram, Kulim baru-baru ini oleh pihak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).

Menurutnya, video berkaitan kejadian itu sudah pun ditularkan di media dan Polis Kedah menerima sebanyak dua laporan polis yang menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan MPKK.

“Satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

“Siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai dalam tindakan bagi melupus haiwan liar yang berkeliaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mentularkan video berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat berhubung tindakan pihak MPKK, lapor Harian Metro.

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu