Social
709

Video tular wanita tengking polis di SJR disiasat

Kota Kinabalu – Polis memulakan siasatan membabitkan dua video yang tular membabitkan anggota polis ditengking seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kepayan, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi, di sini, mengesahkan kejadian tersebut.

“Kita sudah membawa perkara ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah,” katanya.

Tambah Hazani, mereka akan memanggil wanita berusia 34 tahun itu dan pihak berkaitan termasuk anggota polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular dua video di media sosial menunjukkan seorang wanita berbaju hitam menengking seorang anggota polis dari cawangan trafik.

Difahamkan wanita tersebut ditahan sebelum disaman selepas cukai jalan tamat tempoh sejak Januari lalu.

Wanita itu beberapa kali dilihat meninggikan suara terhadap anggota polis tersebut termasuk menyebut perkataan ‘biadap’ sebelum beredar dari situ.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk ada yang mengecam tindakan wanita berkenaan. — Getaran

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu