Nation
207

Video tular ziarah Aidilfitri beramai-ramai disiasat

Klang – Polis sedang menyiasat dakwaan sambutan hari raya Aidilfitri yang diadakan secara beramai-ramai di sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ini susulan penularan satu rakaman video dikesan pihaknya pada Ahad lalu.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17 PU (A) 225/2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia kemudiannya akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan perkumpulan individu di sebuah rumah dalam menyambut hari raya.

Perkara itu mendapat kecaman netizen yang menzahirkan rasa tidak puas hati berikutan ketidak patuhan terhadap larangan aktiviti ziarah menziarahi ketika Hari Raya Aidilfitri. – Kosmo Online

Tags: , , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu