Social
1K

Virus Covid-19 boleh hidup dalam zakar 6 bulan

Miami – Virus Covid-19 boleh hidup dalam  zakar lelaki selama enam bulan selepas seseorang mendapat jangkitan sekali gus meningkatkan risiko mati pucuk, demikian menurut pakar-pakar dalam kajian terbaharu.

Menurut  akhbar The Sun semalam, virus itu diketahui menyerang paru-paru pesakit dan menyebabkan penyempitan saluran darah.

Keadaan itu dikenali sebagai disfungsi endotel di mana  saluran darah mengecil dan  gagal berfungsi  secara normal.

Tisu yang dibekalkan oleh saluran darah boleh mengalami kerosakan manakala pakar- pakar di Miami  mendakwa, kerosakan tersebut  bukan hanya berlaku pada paru-paru.

Pengarang kajian yang juga Pengarah Program Urologi Reproduktif Sekolah Miller di Miami, Ranjith Ramasamy berkata, kumpulan penyelidiknya menunjukkan bahawa Covid-19 menyebabkan disfungsi edotel dalam sistem organ di luar paru-paru dan buah pinggang.

“Disfungsi endotel dikesan akibat jangkitan Covid-19 yang menyerang sel endotel dan mempengaruhi banyak organ, termasuk zakar,” kata Ramasamy.

Pakar-pakar telah mengkaji sampel tisu  dua lelaki dengan sejarah Covid-19 dan dua lelaki yang tidak mempunyai virus.

Salah seorang lelaki yang mempunyai virus itu dimasukkan ke hospital dan yang lain mengalami gejala ringan.

Pesakit berusia 65 dan 71 tahun dan masinh-masing telah dijangkiti virus Covid-19  hampir enam serta lapan bulan sebelum kajian dijalankan.

Kedua-duanya dilaporkan mempunyai masalah serius untuk mendapatkan ereksi.

Pakar-pakar  mendapati virus itu masih ada di tisu kedua-dua lelaki yang telah dijangkiti dan mereka mempunyai bukti disfungsi endotel manakala  fungsi ereksi zakar kedua-dua lelaki yang tidak dijangkiti adalah normal.

“Lelaki yang mengalami jangkitan Covid-19 perlu sedar bahawa disfungsi ereksi boleh menjadi kesan sampingan buruk akibat virus dan mereka perlu menemui doktor jika mengalami gejala kegagalan ereksi zakar,” tegas Ramasamy.

Kajian ini juga boleh menjadi langkah pertama untuk memahami kemungkinan kesan virus terhadap kesuburan lelaki dan adakah Covid-19 dapat menular secara seksual.

Tahun lalu, pakar-pakarn  memberi amaran terdapat lonjakan pada bilangan  lelaki yang menderita mati pucuk  semasa penularan pandemik Covid-19.

Namun, ketika itu mereka beranggapan  ia mungkin disebabkan oleh tekanan perintah berkurung. – Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu