Social
97

Wajah bertukar hodoh selepas pembedahan

Beijing – Seorang wanita berusia 43 tahun dari China menghabiskan 20,000 yuan (RM12,294) untuk pembedahan kelopak mata, tetapi hasilnya yang buruk menyebabkan suami ingin menceraikannya.

Portal World of Buzz melaporkan wanita bernama Jin itu memutuskan menjalani pembedahan itu di sebuah hospital kecantikan di Nanchang pada Oktober 2019.

Bagaimanapun, selepas pembedahan yang memakan masa lebih tiga jam itu, bengkak pada kelopak matanya tidak surut selepas tiga bulan menjalani prosedur itu.

Jin berkata, orang lain mula memandangnya seperti ‘raksasa.’

Mereka mengatakan bengkak daripada kesan pembedahan kelopak mata kebiasaannya akan hilang selepas tiga hari, tetapi kelopak mata Jin masih bengkak selepas tiga bulan.

Pada April tahun lalu, hospital yang sama setuju memberi Jin pembedahan percuma untuk memperbaiki pembedahan pertama yang gagal.

Namun, selepas lebih setahun, Jin masih tidak berpuas hati dengan hasilnya.

“Saya membelanjakan wang untuk menjadi cantik dan bukannya hodoh, tetapi saya bertambah hodoh.

“Rayuan saya adalah untuk mendapatkan kembali wang 20,000 yuan dan pampasan untuk kesihatan mental saya.

“Saya tidak tahu bagaimana mengatasinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Suami saya mahu menceraikan saya, dia mengatakan saya hodoh,” katanya.

Jin berkata, sejak itu dia meminta wangnya dipulangkan hospital tetapi pihak hospital menolak permintaannya.

Menurut satu pihak, sebelum pembedahan, Jin sudah menandatangani borang persetujuan yang menyatakan kelopak mata pada kedua matanya tidak dijamin simetri selepas pembedahan. — Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu