Nation
115

Wakil rakyat positif Covid-19, Sidang DUN Kelantan ditangguh

Kota Bharu – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) positif COVID-19.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub, berkata selain dua ADUN positif, seorang lagi ADUN menjadi kontak rapat dan beliau terpaksa membuat keputusan menangguhkan persidangan lebih awal daripada jadual hari terakhir yang sepatutnya pada Selasa ini bagi mengelak penularan wabak.

“Saya mendapat maklumat pagi ini, dua ADUN positif COVID-19, iaitu ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim dan ADUN Tendong, Mohd Rozi Muhamad, manakala ADUN Kemuning menjadi kontak rapat kerana anaknya positif.

“Sepatutnya kita bersidang selama empat hari iaitu sehingga Selasa ini, namun disebabkan ada ADUN positif, kita mengambil langkah awal dengan menangguhkan persidangan DUN ke tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak.

“Alhamdulillah kita dapat tamatkan selepas lulus belanjawan. Mengikut Perkara 29 Peraturan Dewan, Speaker berkuasa untuk menangguhkan dewan pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan DUN Kelantan, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, semua ADUN sudah menjalani ujian saringan COVID-19, iaitu dua hari sebelum persidangan bermula dan ketika itu semua negatif.

Terdahulu, Belanjawan Kelantan 2022 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, lulus tanpa dibahaskan, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu