Social
379

Wanita 73 tahun jadi ibu tertua di dunia

New Delhi –  Usianya sudah berusia 73 tahun, ajaibnya warga emas ini berjaya melahirkan kembar perempuan seperti wanita muda.

Mirror UK melaporkan, kelahiran itu menjadikan, Yerramatti Mangayamma, dari Andhra Pradesh, selatan India, kini sebagai ibu ‘tertua’ dunia.

Bagaimanapun, suaminya, Raja, 84, hanya sempat membesarkan kembar berkenaan selama setahun, sebelum meninggal dunia kerana serangan jantung penghujung tahun lalu.

Menurut Yerrametti, kematian suaminya meninggalkan kesan mendalam terhadapnya yang kini terpaksa sendirian membesarkan dua anak Rama Tulasi dan Uma Tulasi, yang masih kecil.

Mengimbau kembali katanya, sepanjang perkahwinan, mereka melakukan pelbagai ikhtiar untuk hamil termasuk berjumpa pakar dan mencuba pelbagai ubatan namun, sia-sia sehingga peluang itu tipis, ketika dia putus haid pada usia 40 tahun.

“Waktu itu saya rasa macam pintu sudah tertutup. Kami pertimbangkan mengambil anak angkat, namun akhirnya tidak jadi.

“Paling menyakitkan, apabila jiran tetangga menggelar saya mandul, malah saudara-mara mengecam saya di belakang,” katanya.

Katanya, pada 2018 dia mendengar seorang wanita berusia 30 tahun di kampungnya melahirkan bayi menerusi rawatan kesuburan.

“Saya tak pernah mendengarnya dan mahu mengetahuinya dengan lanjut.

“Kami bertemu dengan Dr Umashankar Sanakkayala di Guntur pada November 2018 sebelum membuat beberapa ujian untuk memeriksa kesihatan saya dan apabila keputusannya positif, dia bersetuju membantu kami.

“Kami membayar 65,000 rupee (RM3,686) kos rawatan menggunakan wang simpanan,” katanya.

Menurutnya, pada Januari 2019 dia disahkan hamil dan kegembiraan mereka berganda apabila kandungan kembar.

Kedua-dua kembar itu dilahirkan pada 5 September 2019 menerusi pembedahan di Ahalya Nursing Home, dengan berat masing-masing dua kilogram.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu