Social
254

Wanita dalam video tular bukan mangsa dera : Polis

Kuala Lumpur – Polis menafikan seorang wanita warga asing yang dirakam dalam keadaan ketakutan merupakan mangsa dera oleh majikannya, sebaliknya wanita itu didapati mengalami tekanan perasaan kerana mahu pulang ke negara asal.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang tular di laman Facebook itu, dan pergi ke lokasi kejadian di Bennington Residence di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 10 malam, 16 Sept lepas.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada keterangan saksi-saksi yang terlibat, perempuan warganegara Indonesia itu dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana hendak balik ke negara asal.

“Wanita itu berjaya ditenangkan oleh rakannya, dan salah seorang rakan wanita itu telah membuat laporan polis menafikan berlaku sebarang kejadian dera,” katanya dalam kenyataan semalam, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu