Social
98

Wanita dera anak tiri ditahan

Kulim – Seorang wanita berusia 26 tahun ditahan polis kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan badan.

Berikutan itu, kanak-kanak perempuan terbabit kini sedang menerima rawatan di Hospital Kulim sejak dihantar ke hospital Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata pihaknya menerima laporan dari Hospital Kulim Sabtu lalu memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan disyaki didera berdasarkan kesan kecederaan teruk di bahagian muka dan badannya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke hospital itu oleh bapanya dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan seperti didera.

“Berikutan itu, kita menahan wanita dipercayai ibu tiri kanak-kanak itu pada hari sama di sekitar daerah ini untuk membantu siasatan.

“Keluarga ini menetap di Sungai Kob, di sini, dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azhar berkata, pihaknya akan mengambil rakaman percakapan kanak-kanak itu untuk membantu siasatan. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu