Social
595

Wanita dirompak, dirogol ketika sedang bermadu kasih

Medan – Seorang lelaki diberkas oleh pihak polis selepas memperkosa seorang wanita dan mencuri motosikal di kebun kelapa sawit di Tanjung Morawa.

Kompas.com melaporkan, MN, 37, melakukan jenayah itu ketika mangsa, A, 18, sedang berdua-duaan dengan kekasihnya YP, 22.

Unit Siasatan Jenayah Polis Deli Serdang, M Firdaus berkata, suspek sudah menunggu selama tiga jam memantau gerak geri mangsa.

Katanya, kedua-dua mangsa hanya mampu menuruti kemahuan suspek.

“MN meminta pasangan itu berjanji tidak mengulangi perbuatan mereka.

“Kemudian, suspek mengancam YP dengan kayu sebelum mencuri motosikal dan membonceng kekasihnya. Sementara, YP ditinggalkan bersendirian dalam kebun kelapa sawit,” katanya.

Menurut Firdaus, suspek membawa wanita itu ke Kampung Patumbak dan memperkosanya.

Selepas melampiaskan nafsu serakahnya, MN kembali membonceng mangsa sehingga motosikal itu kehabisan minyak.

“Lelaki itu meminta telefon mangsa untuk digadaikan bagi tujuan membeli minyak.

“Suspek meninggalkan mangsa di bawah jambatan Brigif Amplas sebeum berlalu pergi,” ujarnya.

Lelaki itu berjaya ditangkap di rumahnya semalam oleh sepasukan anggota polis. — Kompas

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu