Social
306

Wanita ditahan palsukan borang rentas negeri

Bentong – Polis menahan seorang wanita warga asing selepas didapati menggunakan borang rentas negeri palsu di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan menerusi pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan.

Beliau berkata, ketika kejadian 11.30 pagi itu anggota bertugas menahan sebuah bas ekspres membawa 16 penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) .

“Hasil pemeriksaan, didapati wanita itu menggunakan dokumen yang dipalsukan,” katanya.

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mendakwa mendapatkan borang rentas negeri daripada salah seorang rakannya.

“Setelah kita menghubungi balai polis yang mengeluarkan borang rentas negeri, tiada nombor siri seperti dinyatakan dalam borang itu.

“Wanita itu kemudian mengakui menggunakan salinan borang yang diperoleh daripada seorang rakannya,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. – BH Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu