Social
246

Wanita ditemui rentung dalam kereta terbakar

Kuala Lumpur – Seorang wanita ditemui rentung dalam sebuah kereta  yang terbakar di Jalan 4/2 Bandar Baru Selayang di sini pada awal pagi tadi.

Bomba menerima laporan pada jam 4.25 pagi dan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama sebuah jentera FRT ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pasukan bomba yang sampai ke lokasi mendapati sebuah Perodua Kancil terbakar 40 peratus pada bahagian dalam kereta.

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan pasukan forensik kemudian dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Norazam, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu