KENINGAU — Seorang wanita maut selepas 16 jam dirawat di Hospital Keningau selepas dikatakan dibakar oleh suaminya di Kampung Tinagalan, Sook, di sini, Sabtu lalu.
Kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mereka ketika minum minuman keras jenis ‘tapai’ di rumah mereka yang turut musnah sepenuhnya.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata hasil siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran mulut di antara pasangan berusia 50 dan 41 tahun itu dalam keadaan mabuk.
Katanya, keadaan menjadi luar kawalan apabila mangsa mencabar suspek untuk membakarnya selepas diugut suaminya sebelum itu.
“Suspek dilaporkan menyimbah isterinya dengan petrol sebelum menyalakan mancis dan terus mencampakkan kepada mangsa.
“Anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia 16 tahun menyedari kejadian berkenaan terus membawa keluar dua adiknya keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.