Kuala Lumpur Post

Social

Wanita maut disyaki didera suami

SHAH ALAM — Seorang wanita meninggal dunia disyaki didera oleh suaminya di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 Sept lepas, kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa.

Beliau berkata pihak polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan tentang seorang wanita berusia 38 tahun yang tidak sedarkan diri disyaki telah meninggal dunia pada kira-kira 4 petang.

”Hasil pemeriksaan awal yang dibuat ke atas mayat mangsa oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ekoran daripada maklumat itu, polis telah membuat tangkapan terhadap suspek iaitu suami mangsa berumur 35 tahun pada keesokannya dan ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Sept.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,