Social
675

Wanita maut terjatuh dari LRT

Petaling Jaya – Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Sentul Timur, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku kira-kira  pukul 4.30 petang.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ,kejadian dipercayai berlaku semasa wanita itu berjalan di atas tren yang tidak bergerak.

“Dia juga duduk di besi penyambung gerabak dan terjatuh apabila tren mula bergerak, sebelum digilis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Eng Lai berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan dan kes masih dalam siasatan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu