Social
250

Wanita menyusup masuk kawasan PKPD dicari polis

Kuala Lumpur – Polis sedang mengesan seorang wanita  yang menyusup masuk ke dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah PPR di kawasan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata polis menerima laporan insiden itu pada jam 10.51 malam tadi, selepas tindakan wanita itu dirakam orang awam dan tular di media sosial.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati wanita memakai baju gelap dan seluar putih itu memasuki kawasan berkenaan untuk melawat neneknya.

Katanya, usaha mengesan suspek yang dipercayai tinggal di Puchong, giat dilakukan.

“Pada masa sama, ada saksi awam mengaku merakam dan memuat naik video insiden itu berdurasi 30 saat di media sosial, pada jam 6.15 petang semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu