Social
1K

Wanita potong lidah tunai janji

New Delhi – Sanggup memotong lidahnya.

Itu pengorbanan besar seorang wanita bagi menunaikan nazarnya selepas parti pilihannya menang dalam pilihan raya untuk negeri Tamil Nadu.

Vanithaa, 32, dari Tamil Nadu itu menunaikan janjinya selepas parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) menang pilihan raya di negeri itu, baru-baru ini.

India Today melaporkan, wanita itu sebelum ini bernazar mahu memotong lidahnya jika parti itu menang.

Selepas memenangi pilihan raya negeri, Vanithaa ke sebuah kuil dan memotong lidahnya dan cuba menyerahkannya kepada pihak kuil.

Namun, disebabkan sekatan Covid-19, wanita itu hanya meninggalkan lidahnya di luar pintu kuil.

Vanithaa dilaporkan dikejarkan ke hospital akibat pengsan di luar kuil.

Selepas sedekad dalam pembangkang, DMK meraih kemenangan meyakinkan ke atas pesaingnya di Tamil Nadu dengan menggulingkan parti kerajaan dalam pilihan raya 2021. – Agensi

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu