Social
277
0

Wanita sembunyi mayat ibu dalam peti sejuk

Tokyo – Seorang wanita Jepun memberitahu dia menyembunyikan mayat ibunya di dalam peti sejuk apartmennya selama satu dekad kerana bimbang diusir dari tempat tinggalnya itu.

Polis memberitahu AFP bahawa Yumi Yoshino, 48, ditahan selepas disyaki meninggalkan dan menyembunyikan mayat wanita, yang dijumpai Rabu lalu di dalam peti sejuk di sebuah apartmen di Tokyo.

Yoshino dilaporkan berkata bahawa dia menyembunyikan mayat itu selama 10 tahun kerana tidak mahu keluar dari rumah yang dikongsi dengan ibunya selepas wanita itu meninggal dunia.

Ibu yang berusia 60 tahun ketika kematiannya dinamakan sebagai nama penyewa di kompleks perumahan perbandaran, lapor Kyodo News.

Yoshino terpaksa meninggalkan apartmen itu pada pertengahan Januari lalu selepas gagal membayar sewa.

Mayat wanita itu ditemui di dalam peti sejuk yang tersembunyi di dalam almari ketika kerja pembersihan rumah dilakukan.

Sehingga kini bedah siasat yang dilakukan tidak dapat menentukan masa dan penyebab kematian wanita itu. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu