Social
279
0

Wanita warga emas direman rasuah polis RM28,150

George Town – Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung menawarkan wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan kepada anggota polis untuk melepaskan individu yang ditahan.

Majistret Jamaliah Abd Manap mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini selepas membenarkan permohonan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) G. Jayarah di Mahkamah Majistret George Town di sini.

Wanita itu yang diwakili peguam Zainal Akram Zainal Azahar disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang wanita warga emas selepas menawarkan wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan untuk melepaskan tangkapan enam individu yang disyaki terbabit dalam satu sindiket pengedaran rokok serta arak seludup di negeri ini. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu