Social
2K

Warga asing didakwa langgar SOP solat sunat Aidiladha beramai-ramai

Seberang Perai – Sebuah rakaman video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai warga asing melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.

Rakaman itu dibuat orang awam dari kereta sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.

Menurut pemilik akaun Facebook tersebut,  sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.

Mereka dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang sedang dilaksanakan.

Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50).

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu