Social
118

Warga emas didakwa bunuh isteri OKU

Ipoh – Seorang lelaki warga emas didakwa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) awal bulan ini.

Lim Hon Koi, 72, yang sedang dirawat di hospital itu kerana mengalami radang usus didakwa membunuh Chan Moy, 74, dengan mengelar leher mangsa di dalam bilik tingkat bawah sebuah rumah di Taman Desa Cahaya, Gopeng antara 8 malam, 8 Ogos hingga 7.30 pagi, 9 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh kerana kes hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat, laporan kimia dan toksikologi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu