Social
459

Warga emas pandu kereta lawan arus ditahan

Shah Alam – Seorang warga emas lelaki ditahan polis selepas didapati memandu secara melawan arus di Persiaran Tun Teja pada kira-kira 1 tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Embol berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berumur 74 tahun itu memandu kenderaan jenis Toyota Prius dari arah Plaza Tol Alam Impian menuju ke Jalan Batu Empat, Shah Alam.

“Pemandu itu telah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja, tiada kemalangan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ramsay, warga emas itu ditahan untuk sisatan lanjut dan hasil saringan awal ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 0194475767, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu