Social
988

Warga emas ‘rogol’ kambing direman

Hulu Selangor – Seorang lelaki warga emas direman tujuh hari selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah, di sini, kelmarin.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Suspek yang memakai kemeja dan seluar berwarna coklat dibawa dengan trak diiringi dua anggota polis dari Balai Polis Sentosa memasuki perkarangan mahkmah jam 9.20 pagi tadi.

Dalam permohonan itu, Mohamad Azrul membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Ogos nanti untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu