KUALA TERENGGANU — Dua lelaki termasuk Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa.
Perintah reman terhadap YDP berusia 80-an dan rakannya yang berusia 50-an dikeluarkan Majistret Noor MazrinieMahmood.
Dua suspek ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 2.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Difahamkan, suspek berusia 80-an disyaki menggunakan jawatannya dengan melantik suspek kedua sebagai pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama pada 2018.
YDP berkenaan dikatakan mempunyai kepentingan ke atas syarikat itu, lapor BH Online.