Social
397

YouTuber dibunuh wanita angkara dendam

Makasar – Angkara dendam, seorang YouTuber yang popular di Sulawesi Selatan, Ari Pratama maut dibunuh seorang wanita.

Media tempatan melaporkan pembunuhan tragis itu berlaku di Wisma Topaz di Panakukang pada Jumaat.

Ketua Perhubungan Awam Polis Panakkukang, Ahmad Halim berkata, suspek mengaku membunuh mangsa yang berusia 20 tahun itu selepas sakit hati akibat dipermainkan lelaki berkenaan.

Katanya, kedua-duanya dipercayai berkenalan menerusi Instagram sebelum bertemu beberapa kali.

“Setiap kali bertemu mereka mengadakan hubungan intim, tetapi mangsa akhirnya mengaku tidak serius menjalin hubungan dengan suspek.

“Suspek yang bengang mendengar pengakuan itu, merancang satu pertemuan dengan mangsa di wisma terbabit dengan niat membunuh mangsa menggunakan pisau dapur yang dibawa dari rumahnya.

“Ketika mangsa leka, suspek menikam dada mangsa berulang kali bagi melepaskan kemarahannya,” katanya.

Dalam pada itu, satu laporan mendakwa selepas ditikam, mangsa sempat pergi ke tingkat bawah untuk meminta bantuan kakitangan di kaunter hadapan.

Bagaimanapun, lelaki itu yang berlumuran darah meninggal dunia tidak lama kemudian. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu