Social
1K
0

YouTuber ditembak mati ketika cuba rakam aksi prank

Tennessee – Percubaan seorang YouTuber untuk merakam aksi pranknya memakan diri apabila dia ditembak mati, lapor akhbar The Washington Post.

Menurut kenyataan polis Nashville, Timothy Wilks, 20, ditembak mati oleh lelaki berusia 23 tahun iaitu David Starnes Jr. di hadapan pusat rekreasi Trampolin Udara Urban dan Taman Pengembaraan.

Wilks dan seorang rakannya yang belum dikenal pasti dilaporkan cuba melakukan prank dengan memegang pisau dan menghampiri Stanes Jr. dan kumpulannya.

Apabila pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.25 malam semalam, Starnes Jr. mengakui menembak Wilks dan berkata dia tidak tahu bahawa Wilks dan rakannya sedang melakukan prank.

Tiada pendakwaan difailkan terhadap Sternes Jr. walaupun pihak polis sedang menyiasat kes tersebut. – Agensi

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu