Nation
443
0

Zeti diam, SPRM diam juga?

“Tidak berbunyi langsung Zeti bila terdedah dokumen bahawa keluarga dia terima RM100 Juta dari 1MDB dan Jho Low,” soal Dr. Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“SPRM patut keluar kenyataan untuk siasat segera. Sudah tentu Kerajaan PN dituduh double standard kalau semua diam. Lagi pun sudah ada laporan polis,” saran beliau melalui nukilan di halaman Facebook beliau.

“Apatah lagi Zeti kroni Tun M. Tun lantik dia Pengerusi PNB. Tetapi Muhyiddin masih kekalkan dia di PNB. Minggu lepas PNB umum dividen terendah. Patut Zeti berhenti segera.”

Syarikat Iron Rhapsody milik suami dan anak anak Tan Sri Zeti Aziz didakwa menerima wang berjumlah USD 16,219,409.23 daripada entiti yang ada kaitan Jho Low.

Beliau turut menyatakan bahawa menurut Dato Seri Najib Tun Razak, jika terbukti keluarga Zeti terima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low dan 1MDB yang disimpan di bank Singapura, ia ada kesan kepada kes SRC beliau.

“Ini maklumat baru. Kerajaan Tun M telah sorok maklumat kerana BNM sahaja pihak berkuasa yang boleh dapat maklumat berhubung dengan bank di negara asing. Patutlah Zeti tidak dipanggil sebagai saksi,” tambah beliau lagi.

“Justeru demi transperansi dan keadilan, SPRM wajib siasat segera. Tiada kompromi. Tanggungjawab kerajaan PN pula,” saran Dr. Fuad.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu